Time changes everything, even you and I have changed
The Author
Her name is Aqilah Muhamad Azmi. Born on February 6th 1995 in Kuala Lumpur, Malaysia. Currently joining the Faculty of Education and doing her foundation in TESL. Laws, politics and poetry are her major interests. Blunt with her words, carefree and open to learn.
“Aqilah Azmi's Territory”
October 2011
November 2011
December 2011
January 2012
February 2012
March 2012
April 2012
May 2012
June 2012
July 2012
August 2012
September 2012
October 2012
November 2012
December 2012
January 2013
February 2013
March 2013
April 2013
May 2013
July 2013
August 2013
October 2013
November 2013
December 2013
January 2014
Thursday, 16 May 2013 || 00:00
Selamat Hari Jadi.
Ya, enam tahun berkongsi gelak ketawa, hingus dan air mata, akhirnya hari ini aku mulai sedar betapa setiap kali berdetiknya waktu, ia amat mencemburui aku. Kini, kau telah pun melangkah ke usia yang lebih dewasa. Kadang kala menitis air mata dek mengenang ceritera dahulu. Di mana engkau, yang sebenarnya aku benci suatu ketika berjaya mencoret kenangan paling terindah dalam jurnal hidup remajaku.
Aku rasa bertuah dek berpeluang untuk menyaksikanmu membesar. Kita masih mampu berkongsi rahsia dan cerita. Terima kasih atas segala budimu, yang membalas mungkin bukan aku, bukan sekarang. Tetapi aku sentiasa doakan yang paling baik untukmu. Tahniah kerana mampu mengubah aku sedikit demi sedikit ke arah yang lebih positif. Walaupun pada akhirnya aku selalu kecundang.
Izzah, terima kasih kerana menjadikan aku orang yang paling manja dengan rakanku. Teringat sewaktu aku demam, kau sampai mahu menemaniku untuk pergi ke klinik. Siapa tidak kenal dengan perangai aku yang bajet wira. Konon mampu atasi semua penyakit. Kalah tok bomoh Hulu Selangor.
Selamat hari lahir yang ke lapan belas tahun. Kita semua tahu akan halangan yang bakal menimpa mungkin lebih mencabar. Tabah, Izzah. Beranilah. Bersabarlah. Yakinlah dengan prinsip hidupmu. Pertahankanlah peganganmu.
Moga kau sukses, dunia dan akhirat. Terima kasih atas sepersalinan telekung yang engkau beri sempena hari jadiku. Terus berusaha menjadi yang terbaik. Moga boleh diceritakan pada keturunanku,
tentang insan istimewa bernama Izzah Yasmin bt Hairuddin.
Akhirnya sempurna
Aqilah Azmi
16/5/2013 . 00:00
Diupload daripada tab, maaf atas kualiti gambar yang tidak seberapa.